fbpx
JESUS meledak dua gol ketika membantu Arsenal membenam Inter pada aksi UCL di San Siro awal pagi semalam. - AFP

UCL: Dua penyerang The Gunners lunas tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Dua penggempur Arsenal, Gabriel Jesus dan Viktor Gyokeres masing-masing berjaya melunaskan tugas ketika membantu Arsenal meraih kemenangan 3-1 ke atas naib juara musim lalu, Inter Milan pada aksi ketujuh Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Tiga mata kali ini mengesahkan mata maksimum buat The Gunners untuk mendahului carta dan pengurus pasukan, Mikel Arteta nyata gembira dengan kualiti dipersembahkan anak buahnya.

“Saya cukup bangga dengan pasukan ini. Sebelum perlawanan, kami bercakap tentang keperluan untuk menyerlahkan prestasi yang baik ketika menentang pasukan berkualiti tinggi dan akhirnya kami berjaya melakukannya,” katanya.

Jesus menyumbangkan dua gol diikuti satu daripada Gyokeres, manakala jaringan tunggal Inter dihasilkan oleh Petar Sucic.

Kai Havertz juga sudah kembali cergas dan perkembangan ‘memeningkan’ Arteta untuk membuat pilihan terbaik khususnya bagi menyiapkan pasukan terbaik pada aksi menentang Manchester United, Isnin ini.

Arteta juga menghamburkan pujian kepada Jesus yang dilabel sebagai penyerang yang luar biasa dan percaya akan lebih banyak mampu dijelmakan oleh pemain itu.

“Makin besar perlawanan yang kami hadapi, dia mampu tampil dengan lebih selesa. Saya gembira dengannya dan dia layak untuk diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI