fbpx
Saifuddin. - Foto JAPEN

Tiada kompromi pegawai, kakitangan AKPS terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) tidak akan berkompromi dengan pegawai atau kakitangannya yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penangkapan 29 pegawai dan kakitangan AKPS kerana disyaki terbabit kegiatan itu membuktikan perkara tersebut.

“Ini maksudnya kita tiada kompromi. Saya sikit pun tiada rasa curiga terhadap keupayaan dan kepemimpinan AKPS dalam memastikannya.

“Mereka maklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM buat intipan, penguatkuasaan, tangkap dan silakan jika perlu buat sidang media,” katanya pada sidang di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai tindakan diambil terhadap 29 pegawai dan kakitangan AKPS yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Saifuddin berkata, usia AKPS tidak walau baru setahun, tetapi sudah meletakkan asas bahawa tiada tolak ansur dalam pelanggaran tata tertib dan integriti.

Berhubung penambahan anggota AKPS, Saifuddin memaklumkan pengambilan anggota akan dilakukan secara berperingkat dengan memberi tumpuan kepada pintu masuk berisiko tinggi.

Kata beliau, bagi peringkat kakitangan, terdapat 6,866 anggota dari pelbagai agensi yang menjaga 22 pintu masuk, namun jumlah ideal adalah seramai 13,721 anggota.

“Pengambilan anggota dibuat secara berfasa. Pada tahun ini ada pertambahan pintu masuk iaitu 122 yang aktif daripada 140 pintu masuk. Pengambilan 200 bekas tentera diluluskan dan kita akan penuhi pengambilan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI