BEIJING – Satu video tular di media sosial memaparkan detik cemas sebuah lori menggilis pejalan kaki yang terbaring di atas jalan, lapor akhbar Daily Express semalam.
Kejadian berlaku di bandar Zhongshan, wilayah Guangdong.
Dalam video tersebut, lori itu dilihat mengundur ke belakang sebelum ia kemudian dipandu ke arah mangsa.
Sebuah kenderaan perkhidmatan kecemasan dengan lampu berkelip kemudian tiba ketika jeritan kedengaran dalam klip video itu.
Bunyi menyerupai tembakan kemudian kedengaran sebelum lori putih tersebut dihalang oleh kereta polis.
Klip video berakhir dengan pemandunya ditarik keluar oleh anggota-anggota polis.
Tidak dijelaskan punca kejadian tersebut atau keadaan mangsa yang digilis. – AGENSI














