fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga unit rumah teres di Taman Guar Perahu, awal pagi tadi.

Penghuni ditemui pengsan ketika rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang penghuni dilaporkan pengsan semasa kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres setingkat di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini, awal pagi tadi.

Mangsa lelaki berusia 50 tahun itu ditemui dalam keadaan separa sedar di luar pekarangan rumahnya dan telahpun dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.29 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dengan bantuan BBP Bukit Mertajam dan Bandar Perda.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres satu tingkat (Kelas A) dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran bagi unit pertama adalah sebanyak 85 peratus manakala dua lagi masing-masing 35 peratus.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang berada di luar rumah pengsan dan telah dihantar ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan.” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kebakaran yang berlaku turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris musnah kira-kira 90 peratus manakala tiga lagi motosikal masing-masing terbakar sebanyak 10 dan 15 dan 90 peratus.

“Kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 3.56 pagi tadi dan dipadamkan sepenuhnya pada 5.38 pagi,” ujarnya.

Tambah beliau, lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran bagi menentukan punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI