fbpx
Tular rakaman video memaparkan pergaduhan dua penunggang motosikal menggunakan topi keledar di Jalan Keretapi Lama, Kapar di Klang.

Dua penunggang motosikal gaduh tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tular rakaman video memaparkan pergaduhan dua penunggang motosikal menggunakan topi keledar di Jalan Keretapi Lama, Kapar di sini.

Video berdurasi 48 saat itu memaparkan pergaduhan bermula di tengah jalan yang kemudiannya melarat hingga tepi jalan sehingga mengakibatkan kesesakan di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya mengesan video itu di media sosial pada pukul 10.20 pagi semalam sebelum menerima laporan daripada seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Tindakan yang menggugat ketenteraman awam akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN