fbpx
Keadaan terkini Muhammad Hazim di Hospital Krabi, Thailand.

Bil rawatan pemuda kemalangan di Krabi cecah RM70,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Bil rawatan pemuda yang cedera parah akibat kemalangan di Krabi, Thailand pada bulan lalu setakat semalam mencecah 542,832.75 baht atau kira-kira RM70,500.

Menurut Muhammad Harith Rafie Hussain, 24, jumlah bil rawatan adiknya, Muhammad Hazim Rafiq Hussain, 21, yang masih dirawat di Hospital Krabi itu adalah selepas ditolak insurans Thailand serta deposit sebanyak 104,000 baht (RM13,530).

“Berkenaan bil rawatan, saya sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu. Setakat ini ada sebuah NGO yang nyatakan akan bantu berkaitan bil rawatan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, keadaan adiknya semakin baik dan sudah mula mengambil makanan dalam bentuk cecair seperti bubur menggunakan picagari serta minum dalam jumlah yang sedikit.

“Bagaimanapun mulutnya sukar untuk dibuka dan proses menelan masih lemah. Dia boleh menelan tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan kadangkala akan keluar semula,” ujarnya.

Menurutnya, adiknya berkemungkinan boleh pulang ke Malaysia dalam masa beberapa hari lagi bergantung kepada keadaan semasa serta penilaian doktor.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Muhammad Harith 157401230105 atau menghubunginya di talian 017-474 2348.

Kosmo! pada 4 Januari lalu melaporkan seorang rakyat Malaysia dilaporkan koma di Hospital Krabi selepas motosikal yang dia tunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di negara jiran itu pada 31 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN