MENUNGGANG motosikal dalam keadaan salji tebal bukanlah sesuatu yang mudah bagi anak-anak tempatan yang tidak pernah merasai pengalaman tersebut. Cabaran itu disahut oleh 14 orang peserta Moped Winter Ride (MWR 2025) yang melibatkan 10 buah motosikal moped serta dua buah kenderaan sokongan iaitu Perodua Axia dan Perodua Myvi. Turut serta dalam ekspedisi tersebut adalah bekas jaguh lumba negara, Hisham Ngadin yang menunggang Yamaha RXZ. Ekspedisi selama 23 hari itu dianjurkan oleh Adventure Touring Malaysia (ATM) Kembara Asia dalam misi bersejarah……














