fbpx
Anwar menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini

PM sembah maklum hal ehwal semasa negara kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sementara itu, laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

“Perdana Menteri mempersembahkan mengenai perkembangan semasa hal ehwal negara serta perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat,” kata laman Facebook berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI