KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Salai-Salai di Sri Rampai di sini hari ini.
Ketibaan Anwar kira-kira pukul 1 tengah hari disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra dengan nama Altimet.
Turut hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah pengarah dan pelakon terkenal yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki.
Anwar seterusnya menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid di Seksyen 2, Wangsa Maju di ibu negara. – KOSMO! ONLINE














