fbpx
De Souza meninggal dunia pada usia 55 tahun. - The Sun UK

‘Popeye’ Brazil miliki lengan terbesar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Seorang lelaki di Brazil yang digelar Popeye kerana memiliki otot lengan sasa menyerupai watak kartun itu meninggal dunia pada usia 55 tahun, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Arlindo de Souza dikenali ramai kerana mempunyai lengan terbesar di Brazil hasil daripada suntikan minyak yang dihasilkan sendiri.

Lelaki itu meninggal dunia disebabkan komplikasi berkaitan buah pinggang selepas dia dimasukkan ke hospital pada 25 Disember  tahun lalu.

Bercakap kepada media tempatan, anak saudara perempuan de Souza berkata, salah satu buah pinggang lelaki itu gagal berfungsi semasa minggu tersebut.

“Paru-parunya mula dipenuhi dengan cecair. Dia tidak sempat menjalani hemodialisis kerana mengalami serangan jantung.

“Sijil kematian belum dikeluarkan lagi, tetapi saya percaya ia disebabkan oleh kegagalan pelbagai organ,” katanya.

Doktor sebelum ini memberi amaran kepada de Souza berhubung risiko suntikannya yang kerap, termasuk abses yang boleh berakhir dengan pemotongan anggota badan serta kematian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN