fbpx
LAINE (kiri) muncul wira apabila membantu tuan rumah meraih tiga mata hasil tandukan pada babak kedua. - SELANGOR FC

Selangor mula terbayang pentas Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon optimis peluang untuk meraih slot ke kejohanan Asia musim depan semakin cerah selepas memintas kedudukan kedua Liga Super ketika saingan berbaki sembilan perlawanan.

Sebagai rekod, Gergasi Merah melakar kemenangan kedua dibawah kendalian Pan-gon selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan keputusan 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Menurut Pan-gon, keputusan itu cukup penting kerana pasukan perlu meraih penamat terbaik musim ini dengan meraih sekurang-kurangnya slot ke kejohanan Asia seperti musim lepas.

“Secara peribadi, mendapatkan tiket ke Asia adalah amat penting buat Selangor musim ini. Kita boleh lihat pemain bekerja keras dan pengorbanan mereka sangat besar dalam misi melakar kemenangan.

“Mengenai perlawanan, ini adalah aksi yang sukar tetapi jika kita dapat meraih gol lebih awal, mungkin situasi berbeza.

“Apa yang penting, saya teruja kerana keputusan ini memberi gambaran yang positif kepada penyokong (hadapi baki saingan musim ini,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu.

Pengendali NSFC, Nidzam Jamil mengakui pasukannya tidak bernasib baik apabila gagal mencuri mata berharga walaupun barisan pemain sudah berikan 100 peratus sepanjang 90 minit perlawanan.

“Pada babak pertama, kita tidak beraksi dengan baik terutama di jentera tengah. Namun, kita berjaya bagi tentangan pada separuh masa kedua tetapi tidak bernasib baik apabila dibolosi menerusi situasi set piece,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI