fbpx
Dr. Muhamad Akmal ketika berucap pada Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO di WTC hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLY/ KOSMO!

Lepas jawatan Exco: Jawatan tak penting, maruah lebih utama – Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka berkuat kuasa minggu depan, susulan keputusan parti untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengumuman itu dibuat secara terbuka dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, sekali gus mencetuskan suasana gamat dalam kalangan perwakilan.

Akmal berkata, keputusan itu diambil selepas beliau akur dengan pendirian parti, meskipun sebelum ini lantang menyuarakan kebimbangan terhadap kerjasama dengan DAP.

“Saya telah menyampaikan hasrat ini kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh,” katanya.

Menurut Akmal, kedua-dua pemimpin itu mengingatkannya bahawa “pejuang tidak akan meninggalkan rakan-rakan”, namun beliau tetap memilih untuk melepaskan jawatan tersebut atas prinsip.

“Datuk Seri, saya mohon maaf. Dengan ini saya letak jawatan Exco berkuat kuasa minggu depan,” katanya, disambut tepukan dan sorakan perwakilan.

Beliau menegaskan peletakan jawatan itu bukan kerana pangkat atau kedudukan, sebaliknya demi mempertahankan suara akar umbi serta maruah politiknya.

“Jawatan tak penting. Yang penting suara akar umbi dan maruah. Saya ada maruah, kamu ada maruah atau tidak?” katanya dalam nada tegas, dipercayai merujuk kepada DAP.

Akmal turut memberi amaran kepada pihak yang didakwanya sering menekan Ketua Menteri Melaka, bahawa ketiadaannya dalam barisan Exco tidak akan melemahkan perjuangannya.

“Bila saya tiada dalam Exco, saya akan lawan habis-habisan,” katanya.

Beliau menegaskan langkah tersebut membolehkan beliau bersuara dan menentang DAP secara lebih terbuka tanpa terikat dengan keputusan kerajaan negeri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI