fbpx
Mohamad ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, WTC, malam ini. - Foto oleh IQBAL ROSLY

UMNO ‘sauh’ kestabilan negara, bukan gila kuasa – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – UMNO menegaskan penyertaannya dalam Kerajaan Perpaduan bukan didorong oleh kerakusan kuasa, sebaliknya demi menjamin kestabilan negara ketika berdepan ketidaktentuan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu sebenarnya bersedia menjadi pembangkang, namun diminta membantu membentuk kerajaan bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam krisis politik dan ekonomi.

“Negara ketika itu tergantung, Parlimen tergantung. UMNO dipanggil untuk menjadi sauh supaya kapal negara tidak karam,” katanya.

Beliau berkata demian ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, PWTC, malam ini.

Menurut beliau, dalam suasana global yang menyaksikan gelombang penolakan terhadap kerajaan sedia ada di banyak negara, kestabilan politik menjadi keutamaan demi melindungi kepentingan rakyat.

Katanya, UMNO memilih jalan tanggungjawab, bukan emosi, walaupun berdepan kecaman kerana bekerjasama dengan bekas seteru politik.

“Marah mesti bersulam strategi. Berani mesti bersulam tanggungjawab,” ujarnya.

Beliau mengingatkan bahawa kejatuhan kerajaan tanpa pelan penggantian jelas hanya akan mewujudkan kekosongan kuasa yang akhirnya memangsakan rakyat.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI