fbpx
Gambar hiasan

Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki angkara pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tangisan bayi lelaki berusia tiga bulan tanpa henti rupa-rupanya membawa kepada pendedahan kes pengabaian oleh pengasuh dalam kejadian di Taman Koperasi Polis, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 2.38 petang, 9 Januari lalu.

Katanya, mangsa mengalami bengkak pada paha kiri sebaik dibawa pulang dari rumah pengasuh. Bayi itu kemudian dibawa ke hospital oleh ibu bapanya kerana menangis tanpa henti.

“Laporan polis dibuat oleh doktor berusia 27 tahun selepas bayi tersebut dirujuk ke Hospital Ampang. Mangsa mengalami patah tulang paha kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI