fbpx
KEADAAN motosikal yang dinaiki seorang lelaki terlibat dalam di Kilometer 153 Jalan Johor Bahru Seremban, Segamat. - Foto JBPM

Lelaki maut angkara kereta ubah haluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah kereta yang mengubah haluan di Kilometer 153 Jalan Johor Bahru-Seremban di sini hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ng Swie Chait, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi melibatkan mangsa penunggang motosikal yang berusia 50-an.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal tersebut bergerak dari arah Labis menghala ke Chaah telah terlanggar bahagian tepi kanan kereta Proton Persona tersebut sewaktu kedua-dua kenderaan bergerak pada haluan yang sama.

“Mangsa melanggar kereta tersebut sewaktu kereta berkenaan mengubah haluan dari lorong kiri jalan ke lorong kanan jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan penunggang terbabit terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemandu kereta terbabit yang berusia 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI