fbpx
BINDER

Binder merayu dapat jentera kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUSTRIA – Pelumba Red Bull KTM, Brad Binder menuntut satu permintaan khas kepada jurutera pasukannya terutama membangunkan jentera RC16 yang lebih kompetitif bagi menghadapi saingan MotoGP musim 2026.

Menurut pelumba Afrika Selatan itu, jika diberi peluang untuk mengubah satu aspek pada jentera KTM, dia mahu masalah tayar belakang yang terlalu banyak berputar ketika memecut keluar dari selekoh dapat diatasi.

Binder percaya, jika masalah itu dapat diselesaikan, ia akan membawa perbezaan yang sangat besar kepada prestasinya terutama menempah petak lebih baik pada sesi kelayakan.

“Jika saya boleh pilih satu perkara, saya mahu masalah tayar belakang terutama selepas keluar dari selekoh dapat diatas, tayar tidak berputar sebanyak ini.

“Jika masalah ini dapat diselesaikan, saya boleh terus memecut dan ia akan membawa perbezaan yang sangat besar,” katanya.

Permintaan itu hadir selepas Binder mengharungi musim 2025 yang agak suram, di mana dia gagal menaiki podium dalam mana-mana perlumbaan Grand Prix (GP) buat kali pertama dalam kariernya.

Walaupun bersama KTM di kelas perdana pada 2020 dan memenangi dua perlumbaan, namun kemenangan terakhirnya adalah pada GP Austria 2021.

Prestasi Binder juga dilihat ketinggalan musim lalu apabila menghuni tangga ke-11 berbanding rakan sepasukan, Pedro Acosta yang menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan.

Walaupun KTM memperkenalkan pakej aerodinamik baharu pada pertengahan musim, hanya Acosta yang berjaya memanfaatkan peningkatan itu dengan cemerlang, meraih lima podium dalam 11 pusingan terakhir musim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI