fbpx
Kebakaran berlaku di tingkat empat Taman Wilayah Selayang, malam ini. - Foto IHSAN Bomba

Dua unit rumah pangsa musnah terbakar di Taman Wilayah Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua unit rumah pangsa di Blok 3, Tingkat 4, Rumah Pangsa Taman Wilayah Selayang di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.45 malam sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua unit rumah flat di tingkat empat dengan keluasan kira-kira 20 x 20 kaki persegi bagi setiap unit dan mengakibatkan kemusnahan 100 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.20 malam dan dipadam sepenuhnya pada pukul 10.50 malam.

  1. Ujarnya, operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dibantu BBP Gombak Selatan dan BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan seramai 25 anggota, melibatkan jentera FRT, EMRS, Water Tanker serta Aerial Ladder Platform (ALP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI