fbpx
BARCELONA melangkah ke pentas final selepas berpesta gol membelasah Athletic Bilbao 5-0 di separuh akhir sebelum ini. - FC BARCELONA

Barca, Real final derbi panas El Clasico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEDDAH – Pengendali Barcelona, Hansi Flick mengakui trofi Piala Super Sepanyol cukup penting untuk melonjakkan motivasi pasukan menjelang aksi final menentang Real Madrid, awal pagi esok.

Flick percaya The Catalans selaku juara bertahan tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan seteru tradisi pada aksi yang dilabel sebagai El Clasico di Stadium Alinma Bank, Jeddah itu nanti.

Kata Flick, kejayaan menjulang trofi Piala Super Sepanyol musim lalu menaikkan lagi motivasi pasukan apabila berjaya mendominasi La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

“Saya anggap ini adalah trofi kompetitif pertama yang perlu kita menang pada musim ini sebagai pemangkin semangat pasukan untuk tampil lebih cemerlang.

“Saya percaya jika kita raih keputusan positif, ia akan suntik tenaga tambahan buat pasukan dalam misi mencapai lebih banyak sasaran nanti,” katanya.

Sementara itu, pengendali Real, Xabi Alonso mengakui pasukannya bersedia untuk mengejutkan Barcelona selepas penyerang sensasi, Kylian Mbappe bebas daripada kecederaan.

“Selepas pasukan mengesahkan kemaraan ke final, Mbappe terbang ke sini (dari Sepanyol) dan ada peluang untuk dia diturunkan pada aksi menentang Barcelona nanti. Dia berada dalam keadaan terbaik kerana sudah cergas sepenuhnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN