fbpx
SEORANG wanita berang selepas terdapat peniaga yang menjaja di tepi jalan sehingga menyukarkan pengguna. - GAMBAR HIASAN

Jual durian tapi susahkan orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjaja di tepi jalan sehingga menyukarkan pengguna membuat pusingan U di Batu 11, Tawau.

Menerusi hantaran pengguna Threads @Pn_aini, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan keretanya tersekat di belakang kenderaan lain yang berhenti untuk membeli buah durian yang dijual di tepi jalan tersebut.

“Sangat menyusahkan. Tepi jalan orang berniaga, tempat nak buat pusingan U,” katanya.

Video berdurasi 1 minit 34 saat itu turut menunjukkan pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak kenderaan yang berhenti di tepi jalan.

Perkongsian itu turut meraih perhatian ramai yang mahu peniaga dan pembeli turut dikenakan tindakan.

“Saya pun banyak kali terpaksa guna jalan jauh sebab nak mengelak kereta yang berhenti di tepi jalan sebab nak membeli,” komen @Cintaqalinzz.

“Pihak berkuasa tak ambil tindakan ke? Buat laporan sahaja. Penjual tak fikir nyawa mereka pun bahaya untuk menjual di situ,” komen @Humairah_mq.

“Sama juga depan Masjid Ar-Raudah di Lahad Datu. Berbaris peniaga menjual buah di kawasan pusingan U. Tak lama lagi patah stereng nak mengelak pembeli berhenti tepi jalan,” komen @Fifysj_. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN