PORT DICKSON – Seorang ibu tunggal mualaf gigih mencari nafkah dengan menjual nasi kerabu di Bandar Sunggala, di sini selepas kematian suami kira-kira tiga tahun lalu. Fatihachong Abdullah, 37, berkata, dia menjadi ketua keluarga selepas arwah suaminya, Zahari Ishak meninggal dunia pada 2022 akibat serangan jantung. Dia memeluk Islam sejak 2008. Katanya, selepas kematian suami, dia bekerja semula sebagai kakitangan pusat pemulihan dalam komuniti selama hampir tiga tahun. “Saya dan suami pernah berniaga bubur nasi dan nekad berhenti kerja serta…














