PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan Sarawak dan Sabah sehingga pukul 4 petang ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas dalam cuaca buruk itu adalah Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau) di Sarawak.
“Hujan turut diramal berterusan berlaku di Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, Sabah,” ujarnya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi bagi maklumat terkini dan sahih. –KOSMO! ONLINE














