fbpx
LALUAN bagi setiap pasukan bertanding di Piala Malaysia selepas selesai sesi undian, sebentar tadi.

Piala Malaysia: Finalis Piala FA dijangka bertemu di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua finalis Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC berpeluang buat perhitungan sekali lagi di pentas Piala Malaysia, musim ini.

Daripada undian yang dilakukan sebentar tadi, Harimau Selatan dijangka tidak berdepan masalah untuk tewaskan PDRM FC di pusingan 16 manakala The Rhinos akan menentang Melaka FC.

Dua wakil daripada Liga A1 Semi Pro, Perak dan UM-Damansara United masing-masing akan menentang bekas juara 2021, Kuala Lumpur City dan Terengganu.

Keputusan undian lain menyaksikan satu lagi wakil Liga A1 Semi Pro, Kelantan Red Warrior akan ‘terbang’ ke Brunei untuk pertemuan dengan DPMM FC.

Satu lagi wakil dari negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) akan bertemu Selangor FC, Negeri Sembilan bakal buat perhitungan dengan Imigresen FC manakala Kuching City melawan Penang FC.

Perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia dijangka bermula pada 17 Januari ini.

Lapan pasukan yang gagal mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia akan meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Cabaran. – KOSMO! ONLINE

KEPUTUSAN PENUH UNDIAN

JDT lwn PDRM FC
Melaka FC lwn Sabah FC
Perak lwn KL City
UM-Damansara United lwn Terengganu
Penang FC lwn Kuching City
Kelantan Red Warrior lwn DPMM FC
KTRW FC lwn Selangor FC
Imigresen FC lwn Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN