fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan seorang wanita bersama keretanya yang terbebas masuk ke dalam parit, semalam.

[VIDEO] Sehari tahun baharu, kereta masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Awak seorang sahaja yang berani parkir macam itu.”

Itu reaksi netizen selepas seorang wanita dalam keadaan tenang meninggalkan keretanya yang terbabas ke dalam parit, semalam.

Menerusi hantaran di TikTok, hasrat memulakan tahun baharu itu bertukar detik cemas selepas kereta seorang wanita dilihat terbabas sehingga terangkat.

Video berdurasi 8 saat itu mendapat tontonan lebih 2.1 juta, 159,000 tanda suka dan 89,000 perkongsian.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai termasuk rata-rata pengguna terhibur dengan kejadian tersebut.

“Ingatkan perempuan sahaja yang angkat kaki bila bergambar, rupanya kereta pun sama,” komen @TehOais.

“Bukan selalu orang parkir macam itu, dalam Malaysia, awak seorang sahaja yang berani parkir macam itu,” komen @Sk7860vvip.

Pengguna lain turut berkongsi pengalaman hampir sama yang berlaku kepada isterinya.

“Penutup 2025, isteri aku terbabas masuk parit. Sudahlah kereta baru dua minggu keluar kilang. Jalan punya luas, parit juga dipilih,” komen @EdGradzs. –KOSMO! ONLINE

@lilynstock♬ Barbie in The 12 Dancing Princesses Flute Song

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI