fbpx
Mohd. Khairi

Peguam disyaki terlibat mengurung ejen hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang peguam ditahan kerana disyaki terlibat dalam mengurung seorang ejen hartanah dan rakannya yang disyaki didalangi sekumpulan pemungut hutang pada awal bulan lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, pada mulanya, mangsa bersama rakannya mendakwa telah dikurung oleh tiga lelaki yang merupakan ejen pemungut hutang di sebuah bengkel di Paka, Dungun, pada pukul 5.30 petang, 8 Disember lalu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa telah dipaksa membayar hutang pelaburan sebanyak RM353,000 sebagai syarat pembebasan.

“Mangsa dan rakannya yang tidak mampu memenuhi permintaan tersebut kemudiannya diarahkan menyerahkan lima kenderaan dan satu geran tanah mereka kononnya sebagai cagaran.

“Cagaran berupa dua buah kenderaan Toyota Hilux dan masing-masing sbeuah Honda CR-V, Toyota Vellfire dan BMW X6 telah diserahkan kepada ejen pemungut hutang berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, ejen hartanah berkenaan kemudiannya mendapatkan nasihat peguam berkenaan pada 15 Disember lalu berhubung surat cagaran yang telah ditandatanganinya.

Beliau berkata, peguam itu yang mendakwa mengenali ejen pemungut hutang berkenaan menawarkan untuk mendapatkan semula kenderaan mangsa dengan bayaran perkhidmatan RM9,000.

“Setelah tawar-menawar, bayaran dikurangkan kepada RM5,000 sebelum mangsa memperoleh semula kenderaan Honda CR-V miliknya di sebuah masjid di Kuala Ibai di sini pada malam sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN