fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beribu-ribu lebah berterbangan di Tol Cipularang baru-baru ini. - TikTok

Beribu-ribu lebah muncul di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Purwakarta, wilayah Jawa Barat digemparkan dengan kemunculan beribu-ribu lebah yang berterbangan di atas lebuh raya, lapor portal berita TV One News. 

Kejadian berlaku di Jambatan Cisomang, Tol Cipularang baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infodepok menunjukkan kawanan lebah itu berterbangan di udara sehingga menghurung ke tingkap kenderaan. 

Situasi bertambah cemas apabila pemandu-pemandu tersebut berdepan kesesakan lalu lintas, menyebabkan mereka bergerak perlahan di setiap lorong. 

Masih belum jelas punca kemunculan serangga itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Apa nasib penunggang motosikal?” kata seorang netizen. 

“Fenomena pokok ditebang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN