JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana mengadakan siaran langsung di platform TikTok semasa majlis tahlil untuk suaminya yang meninggal dunia, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform sama oleh akaun @attalia.rangkuty7 menunjukkan si isteri membuat siaran langsung di hadapan jenazah suaminya.
Dia juga sempat berbual dengan penonton ketika majlis tahlil berlangsung.
Biarpun dikecam orang ramai, sebilangan pengguna media sosial mendakwa klip video itu dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Rakaman itu mencatatkan lebih 632,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bukan berdoa tetapi buat ‘live’,” kata seorang netizen.
“Saya bukan wanita solehah tetapi saya tahu adab dan akhlak,” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI














