fbpx
Aliran trafik di Lebuh Raya Baru Lembah Klang pagi ini.

Selesai cuti akhir tahun, aliran trafik kembali tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan kembali lancar dan terkawal pagi ini selepas tamat cuti panjang selama hampir seminggu sejak 24 Disember lalu.

Menurut kemas kini Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 9.36 pagi tadi, keadaan trafik secara keseluruhannya baik di sekitar Lembah Klang serta lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan (E1 dan E2), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (E8) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2.

Bagaimanapun, LLM memaklumkan berlaku peningkatan jumlah kenderaan dan pergerakan trafik perlahan di beberapa lokasi tertentu, khususnya di laluan tumpuan warga kota dan pintu masuk ke bandar.

Di Lebuh Rata Utara-Selatan arah utara, trafik dilaporkan perlahan dari Gurun ke Pendang, manakala di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), kesesakan berlaku di Damansara Link dari Tol Damansara menghala ke Kayu Ara.

Bagi laluan E2 Lebuh Raya Utara-Selatan, aliran trafik perlahan dikesan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Taman Teknologi Bukit Jalil bagi arah utara, sementara arah selatan melibatkan laluan Setia Tropika ke Lebuh Raya Pasir Gudang.

Di Tambak Johor pula, trafik dilaporkan perlahan dari Johor Bahru ke Woodlands.

Selain itu, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura mencatatkan pergerakan perlahan dari Kilometer 1.7 ke CIQ Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.

Di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), trafik perlahan berlaku dari Puchong Utama ke Puchong Intan serta Kelana Jaya ke Taman Megah bagi arah utara, manakala arah selatan melibatkan laluan Bandar Utama ke Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

LLM turut memaklumkan kesesakan sederhana di Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lunpur-Barat melibatkan Damansara Link dari Kayu Ara ke Seksyen 17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN