fbpx
Gambar di muat naik di laman Facebook Mohamad Sabu hari ini

Bekalan daging cukup menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekalan daging negara dijangka terus mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat termasuk ketika permintaan tinggi sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Aidiladha tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini, bekalan daging negara dalam keadaan stabil dan mencukupi.

Menurut beliau, umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada Februari 2026, diikuti Hari Raya Aidilfitri pada penghujung Mac 2026 dan persiapan awal bagi memastikan bekalan daging yang mencukupi telah pun dimulakan oleh penternak tempatan.

“Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak-penternak tempatan.

“Dengan perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata, beliau bersyukur dalam tempoh tiga tahun ini bekalan daging negara sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat termasuk ketika permintaan memuncak pada musim perayaan.

“Insya-Allah, keperluan asas rakyat akan kita dijaga dan keselamatan makanan negara akan terus dipelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN