PETALING JAYA – Anak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najib memuat naik sekeping gambar menyentuh emosi selepas mahkamah membuat keputusan terhadap bekas Perdana Menteri itu petang tadi.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Insta Story Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana Najib, anak bongsu bekas Ahli Parlimen Pekan itu menulis kapsyen memberikan kata-kata semangat buat bapanya.
“A court verdict cannot erase a lifetime of service, love and commitment to the people.” (Keputusan mahkamah tidak mampu memadam seumur hidup jasa, kasih sayang dan komitmen kepada rakyat).
“We stay hopeful… We stay strong” (Kita kekal berharap… kita kekal kuat),” tulisnya sebagai mesej ketabahan buat Najib.
Dalam perkongsian sama, Yana turut memuat naik gambar Najib melihat ke arah cucunya yang disifatkannya sebagai momen yang manis.
“The sweetest thing I saw today (perkara yang paling manis saya lihat hari ini),” tulisnya berserta simbol hati merah.
Najib didapati bersalah atas 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan RM2.3 billion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas kesemua pertuduhan tersebut. – KOSMO! ONLINE














