PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan dilaporkan perlahan ekoran kemalangan di kilometer 273.1 arah utara dari Bandar Ainsdale ke Bandar Baru Nilai, hari ini.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), insiden terbabit menyebabkan lorong kanan di kedua-dua arah terhalang.
Katanya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada terhadap halangan di hadapan.
Sementara itu, LLM memaklumkan bahawa kenderaan kemalangan telah dialihkan, namun trafik masih perlahan di kedua-dua arah. – KOSMO! ONLINE














