PETALING JAYA – Sebuah tempat makan popular di Cameron Highlands mengundang persoalan orang ramai dari segi keselamatan, selepas satu video tular memperlihatkan seperti cerun tanah runtuh di premis tersebut.
Video tular itu dimuat naik seorang pengguna TikTok Mummy Naura dan ia dirakam menggunakan dron memperlihatkan pemandangan atas di kawasan sekitar situ termasuk cerun berdekatan premis berkenaan.
Wanita itu memaklumkan, dia berkongsi hasil video dron tersebut bukan berniat untuk menutup pintu rezeki pengusaha premis berkenaan.
“Tak ada niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir-fikirkan apa yang patut. Memang bersyukur sangat Allah masih lindung waktu itu. Kalau tahu, memang dari awal takkan berhenti kat situ untuk ambil (rakaman, gambar) pemandangan tempat dah lawa, tapi korang rasa macam mana?,” katanya pada kapsyen.
Berikutan itu, orang ramai turut meluahkan kebimbangan berhubung keselamatan di tempat berkenaan.
“Saya ada pergi situ awal bulan ni. Saya ada buat video memang cantik pemandangan dan saya memang perasan tanah runtuh tu. Tapi tak fikir apa-apa pun,” komen seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@yufara_ No comment for this video 😪 tkde niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir2kan ape yg patut 😑 memang bersyukur sgt Allah masih lindung time tuu. Kalau tahu memang dri awal takkan stop kt situ for take a some view 🥹 tempat dah lawa tapi korang rasa mcm mna 🥹 #tanahruntuh #cameronhighland #cameronhighlands ♬ Nature and its beauties – rest of the soul & soul frequency














