fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan Tunku Azizah bersama anakanda Seri Paduka Baginda melawat bayi kembar hasil IVF tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), semalam.

Tunku Azizah lawat ‘cucu’ ke-148, 149

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menziarahi pasangan suami isteri bersama bayi kembar mereka hasil In-Vitro Fertilisation (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), semalam.

Menerusi hantaran di media sosial, pasangan itu yang telah mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu meluahkan rasa syukur apabila terpilih menjalani rawatan IVF bersama TAFF selepas pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan cahaya mata.

Dalam hantaran itu, pasangan tersebut, Amru Khalid Sazali, 31, dan isterinya, Afifah Syahirah Abdul Karim, 30, dilihat bersama bayi kembar mereka yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada 21 Disember lalu.

“Junjung kasih Tuanku! Terima kasih kepada semua pihak TAFF yang sangat membantu dan menyokong perjalanan rawatan kesuburan ini,” katanya.

Anak kembar pasangan itu diberi nama Atiyyah Zahra dengan berat 2.49 kilogram serta Abdullah Zainy seberat 2.15 kilogram.

Difahamkan, ini merupakan kelahiran bayi ke-148 dan 149 hasil inisiatif TAFF.

Dalam kunjungan ke kediaman pasangan itu di Pantai Sepat di Kuantan, Tunku Azizah yang diiringi anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah turut menceriakan pasangan berkenaan apabila menitipkan nasihat serta berkongsi tips penjagaan bayi serta ibu berpantang.

“Alhamdulillah, tahniah dapat bayi. Tuanku pun dapat cucu. Comel betul dua kembar ini,” komen @Intanbaheera.

“Seronoknya dapat kembar. Harap saya dapat kembar tiga terus,” komen @Leanne.hazelinne. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN