PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian mendatangkan cedera melibatkan pegawai dan anggota polis semasa proses tangkapan dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, laporan polis diterima pada 18 November lalu daripada seorang wanita yang mendakwa anak lelakinya telah dipukul semasa proses tangkapan dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor pada 24 Disember 2025 untuk nasihat dan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, PDRM komited dalam memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan serta tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku. – KOSMO! ONLINE














