fbpx
Kenderaan yang musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan SS 9A/10, SS 9A, pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

3 kereta terbakar di Petaling Jaya, tiada mangsa terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga buah kereta terbakar termasuk satu daripadanya hangus dalam kejadian di Jalan SS 9A/10, SS 9A di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.40 pagi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Honda Accord yang terbakar masing-masing 20 dan 50 peratus, manakala sebuah lagi kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya musnah 100 peratus.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya yang tiba di lokasi pada pukul 9.51 pagi berjaya mengawal kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian tidak melibatkan bangunan dan tiada mangsa terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN