fbpx
DURIAN musang king, blackthorn dan IOI mempunyai peminatnya yang ramai kerana rasanya yang enak dan isi tebal.

Durian murah, pembeli lupakan ‘diet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata pembeli mengakui mereka berpuas hati dapat membeli durian premium pada harga murah dan akan memborong raja buah itu selagi dijual berpatutan selain mengikut kemampuan masing-masing.

Azdhar Nanni, 31, mengakui harga durian kampung yang le­bih murah ketika ini membuatkan dia tidak melepaskan peluang untuk membeli bagi dinikmati bersama keluarga.

“Saya datang hari ni (semalam) pun sebab saya tengok harga jauh lebih murah. Macam musim sebelum ni saya beli juga sebab saya ‘hantu’ durian,” katanya.

Dalam pada itu, seorang penggemar durian dari Sungai Besar, Selangor, Mohd. Razak Isnain, 39, berkata, dia dan rakan-rakannya sering berkonvoi ke sekitar Ipoh dan Taiping untuk menikmati durian kampung.

“Biasanya kami pergi pada tengah tahun dan waktu itu memang kami makan durian kampung sepuas hati. Ini kerana harganya yang murah membolehkan dinikmati dalam jumlah banyak.

“Bukan hanya makan di kedai, kami juga membawa pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Angeline, 38, berkata, dia ­teruja dapat membeli musang king pada harga RM13 sekilogram selepas memborong 20kg daripada peraih yang datang ke pejabatnya di sini kelmarin.

“Sebelum ini suami ada beli empat kali tetapi harga tidak dapat seperti ini.

“Saya sudah rasa seulas dan ia memang musang king yang sedap sebab itu saya beli sampai 20kg selepas berkongsi dengan rakan-rakan pejabat,” katanya.

Shah, 48, pula berkata, pada mula­nya dia teragak-agak untuk membeli kerana belum mene­rima gaji tetapi selepas ditinjau, dia terkejut kerana harga yang ditawarkan memang di luar jangkaan.

“Saya maklumkan kepada isteri dan dia minta saya beli untuk bawa balik rumah. Mana nak dapat harga musang king serendah RM14 untuk sekilogram,” katanya sambil menjinjit satu plastik penuh musang king.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN