PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Krai, Kelantan manakala di Terengganu, hanya Hulu Terengganu terjejas dalam cuaca buruk itu.
“Selain itu, amaran turut dikeluarkan di Jerantut dan Maran di Pahang selain seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Hujan berterusan juga berlaku di Negeri Sembilan adalah Seremban dan Port Dickson,” katanya.
Bagi negeri Sarawak, Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah dan Limbang turut terlibat.
Di Sabah pula adalah di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE














