fbpx
SALAH

Superkomputer ramal Salah balik awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RABAT – Mohamed Salah diramal kembali ke pangkuan Liverpool lebih cepat daripada jangkaan dan mungkin memperkuatkan pasukan menentang Arsenal untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pada 9 Januari ini.

Jangkaan itu sesuatu yang mengejutkan selepas ramalan superkomputer menjangkakan Salah tidak mampu untuk membantu negaranya, Mesir mara lebih jauh pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang membuka tirainya secara rasmi awal pagi esok.

Mengambil kira reputasinya di pentas bola sepak dunia, Salah diberikan tanggungjawab besar untuk memacu The Pharaohs mara lebih jauh pada kempen AFCON 2025.

Pada kempen kali ini, Mesir berada dalam Kumpulan B dan bakal membuka tirai saingan menentang Zimbabwe awal pagi Selasa ini diikuti Afrika Selatan (Sabtu) serta Angola (30 Disember).

Salah yang bakal melupakan tujuh perlawanan dalam semua kejohanan bersama Liverpool, dilaporkan sedang menyiapkan diri untuk menghadirkan keputusan lebih baik buat Mesir dalam semua tiga aksi peringkat kumpulan.

Sebelum ini, Salah tidak dapat memperkuatkan Mesir pada aksi pemanas badan menentang naib juara edisi lalu, Nigeria kerana dia dan bintang Manchester City, Omar Marmoush baru menyertai pasukan.

Sebelum ini, Salah yang pernah memenangi empat Anugerah Kasut Emas EPL mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan pedas terhadap pihak pengurusan Liverpool dan pengurusnya, Arne Slot.

Bagaimanapun, Slot kekal menaruh kepercayaan terhadap Salah yang menghadirkan impak besar ketika Liverpool menang 2-0 ke atas Brighton pada 13 Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN