fbpx
Gambar hiasan

Ajal kanak-kanak 2 tahun, kereta bapa mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dilanggar kereta yang dipandu bapanya di halaman rumah di Taman Kesang Baru, Parit Bunga di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang parah di bahagian kepala dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 malam ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu Suzuki Swift itu sedang mengubah kedudukan keretanya  dengan pergerakan mengundur di kawasan garaj.

“Pemandu kereta itu dipercayai tidak menyedari kehadiran mangsa yang berada di belakang kenderaan sebelum berlaku pelanggaran.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai keluar rumah secara tiba-tiba dan berada di belakang kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jamellulkamal, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum rebah di lokasi. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI