fbpx
EMMA (tengah) mendedahkan keluarganya terkejut dengan tindakan Datuk Red yang memfailkan pengesahan rujuk terhadap Adira baru-baru ini.

Tiada tanda-tanda rujuk sepanjang tempoh bercerai – Kakak Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kakak

kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi mengakui terkilan dengan tindakan bekas suami adiknya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuan keluarganya.

Emma berkata, keluarganya hanya mengetahui hal tersebut dua hari lalu selain menegaskan tidak pernah melihat sebarang petanda Adira dan bekas suaminya akan kembali rujuk sejak berpisah tahun lalu.

“Memang betul Adnan ada memfailkan perkara ini di mahkamah. Kami sekeluarga baru dapat maklumat tersebut dua hari lalu dan berdasarkan apa yang kami lihat, tiada sebarang tanda rujuk sepanjang tempoh mereka bercerai.

“Memang seminggu sebelum Adnan ke umrah, perkara ini ada disebut. Namun semuanya berlaku secara tiba-tiba, selepas cinta ditolak. Dia paksa dengan pelbagai cara sehingga dengan yang paling tidak selesa.

Adira sudah ‘move on’ dan membawa haluan sendiri tetapi Adnan tidak dapat terima serta ke mahkamah pula. Kami sekeluarga terkejut dan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut,” katanya dalam Instagram.

Tambah Emma, dia percaya Adira mahu pun Datuk Red layak memiliki kebahagiaan sendiri namun enggan melihat lagi adiknya berada dalam situasi yang pernah dilaluinya sekali lagi.

“Kami sekeluarga mahu mereka ada kehidupan baharu dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya. Mereka berdua layak bahagia.

“Namun, untuk membiarkan adik kami berada di tempat yang sama, dalam drama yang tidak berkesudahan, masalah tanpa penghujung dan berjuang seorang diri, bertahan bukan lagi satu pilihan.

“Kami sekeluarga juga sedang berusaha untuk bertenang juga,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia tidak pernah menghalang tindakan Adnan yang memfailkan pengesahan rujuk namun kecewa apabila keluarga tidak dimaklumkan lebih awal.

“Kami tahu tindakan rujuk itu tidak salah dan tak berdosa. Namun, sebagai orang Sabah, kami sangat mementingkan adat dan hormat, terutama dalam perkara seperti ini.

“Janganlah sampai normalisasikan tidak memerlukan keluarga. Apa yang kami tuntut hanyalah hormat.

“Jika benar rujuk, mengapa keluarga tidak dimaklumkan? Setahu kami, mak pernah bertanya tentang isu ini kerana dalam media sosial dikatakan masih kekasih dan diminta supaya berbaik.

“Namun jawapannya, mahu langsaikan perkara penting dahulu dan tidak rujuk tetapi menunggu bukan lagi satu pilihan.

Emma juga mempersoal tindakan bekas adik iparnya itu yang memfailkan pengesahan rujuk ketika Adira sudah mempu mencari kebahagiaan sendiri.

“Mengapa apabila masalah timbul dan tuan badan memilih kebahagiaan sendiri, barulah mahu menuntut selepas setahun berlalu?

“Namun tidak mengapa, kami tidak menghalang. Tindakan ke mahkamah itu betul dan tidak salah jika mahu menentukan status sah atau tidak sah.

“Tetapi yang tidak betul apabila satu keluarga di Sabah terkejut dan pasti ada perasaan orang tua kami di sana yang tersinggung,” ujarnya.

Dia juga berkali-kali menegaskan akan sentiasa memberi sokongan kepada Adira sepanjang melalui kemelut tersebut.

“Kepada Adnan, bila tidak mampu memberi kebahagiaan, jangan hulurkan sengsara dan sakit berpanjangan.

“Kami sudah terlalu lama memberi sokongan untuk mereka kembali bersatu. Keluarga juga lama berdiam diri, seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa

“Mak kata ‘tak apa Adira, teruskan lawan’. Kali ini, kami sekeluarga memilih untuk bersuara. Cukup hampir 10 tahun melalui perkara yang sama,” jelasnya.

Baginya, segala kebaikan yang diberikan selama ini juga sudah tidak akan lagi berlaku demi memastikan adiknya mendapat keadilan sepatutnya.

“Anggaplah ini jalan yang Allah tunjukkan untuk mereka berdua. Selepas Adnan pulang dari umrah, berlaku sesuatu di luar jangkaan yang membuatkan kami sekeluarga bersatu hati berdiri di belakang Adira.

“Jauh sekali untuk memandai-mandai, tetapi inilah kasih sayang untuk Adira yang selama ini kuat sendirian. Kami cuma orang biasa, kebaikan kami terhenti di sini,” tuturnya.

Terdahulu, kecoh mengenai dakwaan Datuk Red memfailkan pengesahan rujuk dua hari lalu di Mahkamah Syariah Gombak Barat dan tarikh sebutan dijadualkan pada 20 Januari 2026.

Untuk rekod, Datuk Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN