fbpx
Ahli perniagaan yang didakwa mengeksploitasi amah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kayangan Heights, Shah Alam.

Ahli perniagaan, anak diberkas eksploitasi amah Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan seorang ahli perniagaan dan anaknya dipercayai mengeksploitasi dua amah warga Indonesia sejak dua tahun lalu terbongkar apabila diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Kayangan Heights di sini, kelmarin.

Penahanan kedua-dua beranak yang merupakan wanita berusia 30 dan 50an dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay anak Embol berkata, siasatan mendapati dua amah yang diselamatkan itu berusia 33 dan 48 tahun telah bekerja dengan majikan berkenaan antara sebulan hingga dua tahun.
“Mangsa juga mendedahkan telefon bimbit dan pasport mereka telah dirampas oleh majikan dan dipaksa bekerja lebih masa.

“Selain itu, mereka juga sering dipukul selain tidak dibayar gaji sejak dua bulan yang lalu,” katanya dalam kenyataan ini.

Difahamkan, suspek berusia 50a itu juga merupakan pempengaruh selain pernah menjadi penganjur kepada majlis-majlis berunsurkan dakwah.

Tegas Ramsay, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibenarkan selama tiga sehingga esok oleh Majistret Mahkamah Shah Alam .

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 13 Akta Anti-Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan denda,” katanya.

Justeru, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintendan Md. Anuar Md. Amilah@Harun di talian 0192255597. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN