fbpx
Ramanan ketika mengadakan lawatan kerja rasmi di Menara Perkeso, Ampang, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK

Permohonan faedah Perkeso dalam talian bermula Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi empat akta boleh dikemukakan secara dalam talian, berkuat kuasa Januari ini.

Pembaharuan dasar itu antara empat pengumuman utama oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, hari ini.

Ia bakal memanfaatkan 10 juta pekerja sektor formal dan informal di Malaysia, meliputi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838).

Menurut Ramanan, pembaharuan tersebut turut melibatkan pengurangan Faedah Caruman Lewat Bayar sebanyak 80 peratus mulai hari ini, hingga hujung Februari 2026.

“Seterusnya adalah sasaran pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) menjelang suku pertama atau akhir suku kedua 2026.

“Pengoperasian penuh portal Lindung Faedah akan membabitkan permohonan faedah hilang upaya kekal, hilang upaya sementara, pencen ilat, penyakit khidmat, faedah orang tanggungan dan pencen penakat.

“Kadar permohonan faedah Perkeso yang purata lebih 200,000 setahun, dapat dipermudah sekali gus mengurangkan beban pencarum dan waris keluarga untuk tampil ke pejabat Perkeso di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas selesai mengadakan lawatan kerja rasmi sulung ke Menara Perkeso, di sini hari ini.

Turut diumumkan adalah Skim Pengembara yang akan dirintis menerusi kajian kebolehlaksanaan, mulai tahun depan.

“Pelaksanaan ini adalah demi memastikan hampir 400,000 pekerja tempatan yang melintas Tambak Johor setiap hari tidak tercicir daripada mendapat perlindungan keselamatan sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN