KOTA KINABALU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditemui maut dipercayai terjatuh dalam kejadian di Dewan Canselor semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, penuntut lelaki berusia 23 tahun berkenaan ditemui oleh dua pekerja penyelenggaraan di pusat pengajian tinggi terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di atas pentas di dalam Dewan Canselor UMS.
”Pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi.
”Pemeriksaan luaran mendapati tiada sebarang kecederaan mencurigakan selain kesan akibat terjatuh,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam Dewan Canselor UMS mendapati mangsa dilihat terjatuh pada Rabu lalu, pukul 6.09 petang.
”Tiada saksi awam yang menyaksikan kejadian berkenaan setakat ini. Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Penuntut UMS maut terjatuh di Dewan Canselor
- Oleh IVAN AMIRUL
- 19 Disember 2025, 11:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Pasangan kekasih maut kemalangan jalan raya
19 Mac 2026, 4:19 pm

Wanita maut, kabel gondola tercabut
19 Mac 2026, 1:23 pm

Bayi maut di taska: Pengasuh dituduh di mahkamah pagi ini
19 Mac 2026, 8:26 am

Tidak sedap hati GPS terhenti, rupanya suami maut kemalangan
18 Mac 2026, 2:12 pm

Bekas pemain sepak takraw negara maut kemalangan
18 Mac 2026, 12:14 pm

Nenek, cucu maut ketika dalam perjalanan balik kampung
18 Mac 2026, 11:46 am

Kepulangan dinanti jangan jenazah yang ditangisi
18 Mac 2026, 8:00 am

Wanita maut kebakaran: Suami reda, terima hakikat isteri sudah tiada
17 Mac 2026, 6:40 pm






