fbpx
Tangkap layar CCTV yang memaparkan seorang pelajar dipercayai di sebuah pusat tahfiz, dirotan bertalu-talu oleh seorang lelaki dewasa.

[VIDEO] ‘Sampai menggelupur sakit kena rotan bertalu-talu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menggelupur kesakitan akibat dirotan bertalu-talu termasuk di bahagian atas badan.

Itu gambaran nasib seorang pelajar yang dipukul seorang lelaki dewasa menggunakan sebatang rotan, dipercayai berlaku di sebuah pusat tahfiz.

Insiden berkenaan dipaparkan pada video yang dimuat naik penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menerusi perkongsian salah seorang pengikutnya di media sosial, sebentar tadi.

“Assalamualaikum, Cap. Tolong siasat fasal anak tahfiz kena rotan. Kawannya rakam senyap-senyap rasanya.

Tolong Cap, anak orang tu. Tolong…dirotan sebegitu rupa,” kata pengikutnya itu yang menghantar mesej peribadi di Instagram.

Dalam masa sama, Caprice turut mempersoalkan tindakan salah seorang pelajar yang bertindak menutup skrin televisyen litar tertutup (CCTV) ketika kejadian itu berlaku.

Orang ramai rata-rata menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan kejadian tersebut serta menggesa pihak berkuasa bertindak segera mengesan pelaku.

“Rotan dekat leher. Kalau terbelah leher tu tolong letak dalam penjara pak cik kopiah tu. Saman sekali,” gesa @Zieynaaila.

“Budak tu meronta-ronta kesakitan. Rotan kena leher dia, mendidih darah aku tengok ni,” ujar @E_zamry.

“Disebabkan perangai macam ni lah masyarakat anti dengan ustaz dan pusat tahfiz,” komen @Ilalianaaaaaa. – KOSMO ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN