BERDASARKAN pengalaman berpuluh tahun memancing ikan kuku, penulis mendapati ikan ini boleh menerima bermacam-macam jenis umpan. Ia merangkumi umpan daripada sumber semula jadi seperti ketam, isi kerang dan udang atau makanan harian manusia, misalnya roti canai serta ayam goreng.
Biasanya, pemancing akan mencuba beberapa jenis umpan di satu-satu lokasi sehinggalah ia makan salah satu jenis umpan yang dilabuhkan.
Jika ia masih culas, umpan ini merupakan alternatif terakhir dan selalunya menjadi.
Jika umpan ramuan ini tidak ‘laku’ juga, bermakna tapak pancingan tersebut berkemungkinan besar tidak ada langsung ikan kuku, dan pemancing bolehlah menamatkan sesi pancingan.
Ramuan dan cara-cara membuat umpan kuku ini amat mudah. Apa yang anda perlu sediakan adalah empat bahan sahaja iaitu roti Gardenia, sebiji telur ayam, ayam goreng (bahagian isi sahaja) dan dua sudu minyak masak yang telah digunakan untuk mengoreng ayam tadi.
Namun umpan ini bukanlah yang terunggul, mungkin ada pemancing lain mempunyai rahsia ramuan lebih hebat lagi.
Setiap pemancing boleh sahaja mencuba membuat ramuan umpan yang lebih efektif, semua kreativiti terletak di tangan anda.















