fbpx
POLIS mengiringi pelajar berhampiran bangunan kejuruteraan di kampus Universiti Brown, Providence semalam. – AFP

Universiti diserang, 2 maut, 8 kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Seorang lelaki bersenjata membunuh dua orang, manakala lapan mangsa lain  kritikal dalam serangan ke atas pusat pengajian tinggi berprestij, Universiti Brown semalam.

Polis menggesa orang ramai di kawasan itu untuk kekal di dalam rumah kerana penyerang masih bebas.

“Saya boleh mengesahkan dua individu meninggal dunia petang ini (semalam)  dan lapan lagi mangsa kritikal, namun stabil,” kata Datuk Bandar Providence, Brett Smiley, dalam satu sidang akhbar.

Tembakan berlaku di bangunan Barus and Holley yang menempatkan jabatan kejuruteraan serta fizik di kampus Universiti Brown.

Beberapa peperiksaan dijadualkan berlangsung di bangunan tersebut pada masa kejadian.

Polis berkata, suspek merupakan seorang lelaki berpakaian serba hitam.

“Kami menggunakan segala sumber yang ada untuk memburu suspek. Arahan berlindung di kediaman masing-masing masih kekal. Tolong jangan datang ke kawasan kejadian,” kata Timbalan Ketua Polis Providence,  Timothy O’Hara.

Menurutnya, lelaki bersenjata itu kali terakhir dilihat meninggalkan bangunan di lokasi tembakan  dan tiada senjata api ditemui.

Polis dan pasukan tindak balas pertama menyerbu tempat kejadian, dengan stesen berita tempatan WPRI melaporkan melihat  pakaian dan darah di kaki lima.

Universiti Brown di Providence, dekat Boston, mempunyai kira-kira 11,000 pelajar.

Insiden tembakan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan terhadap sekolah di Amerika Syarikat di mana usaha untuk menyekat akses mudah kepada senjata api berdepan  kebuntuan politik. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN