BARU-BARU ini, saya telah memulakan perjalanan ke Ecuador untuk menyertai ‘retreat’ Young Living atas tajaan syarikat itu, sebelum menyambung ke Peru dan Brazil dengan perbelanjaan sendiri. Kos ke rantau ini memang tinggi, tiket penerbangan dari Malaysia sekitar RM8,000, jadi perancangan awal sangat membantu. Saya menggunakan penerbangan LATAM Airlines dan JetSmart. Saya singgah dua malam di Lima, Peru terlebih dahulu iaitu sebuah kota gastronomi yang terkenal di seluruh dunia. Setiap hidangan benar-benar meninggalkan pengalaman tersendiri. Dari Lima, saya terbang ke Cusco……














