fbpx
Anggota polis mengangkat mayat Hayani dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Taman Rathna, Butterworth, hari ini. Foto DANIAL SAAD / KOSMO!

‘Ingatkan gurauan rupanya…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Bekas suami kepada wanita yang maut dalam kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi tadi mendakwa pada mulanya dia menyangka panggilan berhubung kejadian menimpa isterinya itu hanyalah gurauan, tetapi hakikatnya realiti.

Kamarozlan Muhammad, 57, berkata, dia bagaikan tidak percaya atas kejadian berlaku sehingga meragut nyawa bekas isterinya, Hayani Yaakob, 50-an dan anak angkat perempuan wanita itu yang berusia lima tahun.

“Bila dapat panggilan tu, saya maklum dekat anak sulung perempuan supaya dia pergi tengok apa yang berlaku terlebih dahulu. Saya ingatkan macam gurauan sebab baru minggu lepas pergi makan apa semua.

“Sebaik dia (anak sulung) sampai tempat kejadian, depa (mereka) tanya dia siapa ada dalam rumah. Dia cakap biasalah..mak dengan anak kecil. Kebetulan waktu itu anak lelaki tu balik dari Johor.

“Saya pun tak tahu dia balik. Bila depa jumpa anak lelaki, yang dua lagi (bekas isteri dan anak angkat) tak jumpa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, tadi.

Katanya lagi, dia juga tidak tahu mengenai kepulangan anak kedua mereka itu dari Johor.

“Mungkin dia balik bercuti sebab dia pun jarang berhubung dengan saya. Jika ada keperluan, masalah duit ka…baru dia cerita,” ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, bekas isteri ada memaklumkan yang dia mahu tinggal bersama anak lelaki mereka itu selepas mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Johor.

“Anak lelaki kami baru bekerja di sana. Habis graduasi hari itu dia terus dapat kerja. Bekas isteri ada bagi tahu kalau kerja anak dah stabil, mereka akan pindah ke sana. Memang itu yang dia rancang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu bersama anak angkat perempuan berusia empat tahun ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran di kediaman teres berkembar di Taman Rathna, Butterworth di sini.

Mayat Hayani dan anak angkatnya, yang dikenali sebagai Andra dijumpai di bahagian ruang tamu, berhampiran pintu keluar utama, selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.41 pagi tadi, seorang mangsa lelaki yang merupakan anak kandung Hayani iaitu Daniel Quyum Kamarozlan, 20-an ditemukan cedera akibat dihempap bumbung di ruangan dapur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN