GOMBAK – Seorang lelaki warga asing yang ditahan polis kelmarin, selepas bertindak agresif dengan menggunakan senjata tajam di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai, di sini direman selama empat hari.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, suspek telah ditahan polis dengan bantuan orang awam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan lelaki warga asing diberkas polis di kawasan parkir di Taman Wangsa Permai, Kepong. – KOSMO! ONLINE














