fbpx
Gambar hiasan

Laluan Tapah – Cameron Highlands tutup 4 jam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang merancang ke Cameron Highlands, Pahang melalui jalan Tapah, Perak esok perlu mengambil maklum bahawa laluan utama FT059 di Seksyen 24, Lata Iskandar akan ditutup sepenuhnya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang hari ini, penutupan selama empat jam itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pokok bahaya oleh JKR Negeri Perak.

Jelas hantaran tersebut, tindakan itu perlu bagi memastikan keselamatan pengguna memandangkan kawasan berkenaan kerap berlaku insiden pokok tumbang, terutama ketika musim hujan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif melalui Laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands bagi kelancaran perjalanan.

“Terima kasih atas kerjasama anda,” kata hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN