fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan tayar kereta seorang wanita pancit dipercayai dipancitkan oleh pemilik cop parkir kereta kawasan tersebut.

Tayar kereta pancit, jiran dengki curi cop parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila tayar keretanya dipercayai dipancitkan oleh penduduk kawasan yang mengamalkan budaya cop parkir.

Menerusi hantaran pengguna Threads, wanita tersebut mengambil kesempatan untuk meletakkan kenderaan selepas mendapati ruang parkir yang biasanya diletakkan kon, tiada sebarang halangan ketika itu.

“Kawasan rumah saya ini, memang ramai sangat orang cop parkir. Namun, ketika kami balik semalam, ada satu ruang parkir kosong yang biasanya diletak kon.

“Jadi kami pun parkir sahaja kereta di situ. Tapi pagi tadi tengok-tengok tayar depan belakang sudah pancit,” katanya.

Jelasnya, sepasang suami isteri yang merupakan jirannya turut membantu mengisi pam tayar kereta tanpa mempersoalkan selepas mengalami situasi sama sebelum ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai menggesa wanita tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk mengelak situasi berkenaan berulang.

“Perkara sama di tempat kami, jenis cop parkir, pakej parkir kereta dan motosikal depan belakang lagi. Siapa yang tak dapat parkir, memang pusing sampai ke sudah,” komen @Tsarnia.

“Pasang rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk rakam siapa yang selalu parkir situ. Bila dapat bukti, buat laporan polis terus,” komen @Kecanaque.

“Selepas ini, kalau jadi lagi, awak buat laporan polis atau awak pancitkan tayar kereta dia pula,” komen @Cheeik. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN